DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GELANG PATAH

AHLAN WA SAH LAN Selamat datang ke laman web Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah,Johor. Semoga kita dapat meneruskan kesinambungan perjuangan untuk menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. InsyaAllah...

Wednesday, August 02, 2006

Keputusan Perlawanan Futsal Inter Pemuda Kawasan

Pada malam 31 Julai 2006 seperti yang dirancang sebelumnya maka berlangsungnya pertandingan futsal inter pemuda kawasan Gelang Patah bertempat Di Dataran Riadah At-Taqwa, Taman Pulai Utama.Suasana pada malam itu cukup meriah sekali dengan gabungan team senior pemuda dan junior pemuda. Senior pemuda walaupun agak berumur namun masih tetap bersemangat untuk menyahut seruan junior.Mereka ini masih berjaya menunjukkan skills yang tersendiri sehingga berjaya memukau hati penonton.
Sebanyak enam pasukan telah bertanding pada malam itu iaitu PASTI Team, Senior Team,Darul Qura',Pulo, RS Team dan Farm Team.Pertandingan pada malam telah di sponsor oleh PASTI Gelang Patah.
RS team telah memenangi pertandingan ini setelah berjaya memenangi kesemua perlawanan. Hadiah telah disampaikan oleh SU Pemuda Kawasan Gelang Patah kepada wakil RS team. Syabas dan tahniah kepada yang berjaya.Kepada yang kalah di harap berusaha lagi di masa-masa yang akan datang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home