DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GELANG PATAH

AHLAN WA SAH LAN Selamat datang ke laman web Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah,Johor. Semoga kita dapat meneruskan kesinambungan perjuangan untuk menegakkan agama Allah dimuka bumi ini. InsyaAllah...

Wednesday, May 31, 2006

PEMUDA UMNO BERSIFAT ‘RUBBER STAMP’ MENYOKONG KENAIKAN TARIF ELETRIK BARU


Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) melihat kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa kenaikan tarif eletrik yang akan berkuat kuasa pada 1 Jun 2006 yang dilihat tidak akan membebankan golongan berpendapat rendah dan sederhana hanyalah bersifat ‘rubber stamp’ dengan tujuan untuk menyokong kenyataan kerajaan.
(sila rujuk :
http://www.pemudaumno.org.my/)

Sikap Pemuda UMNO dalam isu ini memperlihatkan kepada kita bahawa Pemuda UMNO yang satu ketika dahulu pernah dilihat sebagai juara kepada isu rakyat kini hanya tinggal kenangan sahaja. Pemuda UMNO hanya akan menyokong sahaja keputusan kerajaan UMNO/BN walaupun mereka tahu rakyat yang akhirnya akan menderita.

DPPNJ melahirkan rasa ragu bagaimana Pemuda UMNO menyatakan mereka faham kenapa kenaikan itu perlu dilakukan hanya kerana sudah lama ia tidak dibuat, sejak kenaikan pertama pada 1997. Adakah hanya kerana tiada kenaikan sejak tahun 1997 itu maka Pemuda UMNO melihat bahawa kenaikan tarif eletrik perlu dilakukan?.

Pemuda UMNO juga percaya kenaikan purata 12 peratus tarif elektrik di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Jun ini tidak membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Apakah Pemuda UMNO telah membuat kajian ataupun soal selidik terhadap gologan berpendapatan rendah dan sederhana ini untuk membuktikan bahawa golongan-golongan ini tidak akan terkesan?.

Apakah Pemuda UMNO tidak melihat kesan kenaikan tarif elektrik yang bakal dikenakan kepada syarikat-syarikat perniagaan akan menyerap kos tanpa memberikan kesan kepada pengguna? Sudah tentu pengguna yang akan menanggung kos ini.

Lihatlah bagaimana kesan yang diterima oleh rakyat apabila kenaikan harga minyak pada 28 Februari 2006 yang lalu. Kerajaan berjanji untuk mengawal harga barangan di pasaran supaya pengguna tidak terbeban. Apakah kerajaan Berjaya menunaikan janji ini?.

Tiada apa lagi yang rakyat boleh harapkan daripada UMNO untuk membela nasib mereka. Rakyat di Sarawak telah berani ‘mengajar’ kerajaan UMNO/BN. Isu kenaikan tarif eletrik ini membuktikan kerajaan tidak peka dengan masalah rakyat dan mereka sepatutnya ditumbangkan.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830
http://dppnjohor.blogspot.com/

0 Comments:

Post a Comment

<< Home